meluahkan segala yang terbuku.Mengungkap yang tersirat.Melontar yang tersirat.
fikiran aku semak dengan irama tanpa penggubah.
Biarlah aku meleraikan dalam tarian ilham
membikis di dalam pentas tanpa suara
berjalan aku mengorak langkah sepi
kerana
tatkala aku menyelit kata sejujur bicara dari sebutir hati
ada suara sinis yang menyindirku di belakang
mencebik muka bila aku memaling
aku terkesima
mendiamkan diri. Bisu seribu bahasa.Jarak dan terus jauh
lantas aku nekad. Berhenti dari situ
aku menuju ke alam yang ku ciptakan sendiri
penuh penghayatan. Bermakna buatku
aku ingin melepaskan segalanya
apa yang aku rasa
rahsia yang aku pendam
madah yang terlintas difikiran
bersusun patah kata meluncur keluar
tidak aku rancang tapi secara kebetulan
aku selesa begini. Menyampaikan melalui coretan
sebagai ingatan.Ikhlas dariku
ada lagi sorakan sinis ku dengar
biarlah…
mereka juga punya hati.punya perasaan.
sebagaimana aku
mereka pasti merasa seperti mana yang aku rasa
cuma aku mengambil langkah
memekakkan telinga dan terus menulis.