penculikan


bersedia dengan pantulan makian
redah segala kekebasan gigitan perasaan
kau dan aku

berlari jauh untuk mencipta jenayah kesunyian
dalam penjara kasih luar biasa
..::yang terasing berdua..::

kerana kita yang rasa
kerana kita yang cuba
kerana kita yang erti
" makna penculikan "

pelukan dalam ciuman gerhana
dan berlari menuju destinasi...jauh
tak akan berhenti selagi denyut jantung berinteraksi dengan rasa benak
kesudahan untuk rindu yang sering berlagu

erat genggam tangan.kita masih ada ruang mentari untuk menyinar