simpul mati

bagai sepasang kasut,berlainan arah
namun perjalana tetap sama
mungkin itu kita,punya minat
yang berbeza tapi rasa yang sama
nampak seiring bila melangkah
hakikat yang kiri ingin ke kanan
yang kanan mahu ke kiri
hujung ke hujung berhenti di tengah
mungkin juga itu kita
bertengkak merajuk ketawa tersenyum
bila jauh asyik merindu
bila dekat sering bergaduh
cantik pada pandangan,bila hiasan ditanda berjalur kemas
rasa selesa dipakai
bila tali di simpul mati
yang mungkin pada perkenalan kita
pada mulanya tergeser batu di tapak
namun melekat meninggalkan bekas
bila sudah serasi kita makin rapat
untuk berjalan sama lama

biar
ikatan ini 'kita' simpul mati!!