kekanda adinda

bintang banyak!!!semua cantik
berkilau dalam kesuraman bulan

''dinda mahu satu boleh?''
kanda ambilkan untuk dinda
dari jauh tersenyum.tangan melambai
rasa ingin menggapai

satu buat kanda.satu buat dinda
adil bukan??

kalau bintang hanya satu
langit membentang membelah awan
kabus mengiringi mengalun embun

kanda bagaimana?
mesti lupakan dinda!!!

dinda janji..
walau kita terpisah beribu batu
walau kita berjauhan berpurnama lama
kita tetap memandang bintang yang sama

bila pandang bintang..
mesti ingat dinda!