ini salah

bila terlalu mahu
manja bertukar menjadi rengekan
seperti anak kecil meminta botol untuk di susukan
menghentak kaki mengalir air mata
dengan terikan tangis
ini salah! kau bukan anak kecil itu

bila terlalu rindu
terus mendesak dengan penuh paksaan
seperti manusia tiada perikemanusiaan
di desak lagi.lagi dan lagi
hingga rimas terus memburukkan hari
ini salah! kau bukan punya kuasa veto
memerintah sesuka hati

bila terlalu jauh
makin mendiamkan diri.terus diam seribu bahasa
konon mahu memprotes diri
hebat bila kebal pada kasih
ini salah! kau terus tipu diri sendiri