dunia aku

sunyi itu indah
bila aku dapat berbual dengan angin petang
berlari dengan renyaian hujan
berbisik perlahan pada sang purnama
berdamping dengan lengkungan pelangi
bergurau sama pukulan ombak
berbaring pada dinginnya kabus

sendiri.
dengan alam yang aku cipta dari dunia awangan yang penuh dengan harapan
kemudian muncul kenangan.
aku pimpin merapatiku
dalam sedar aku memeluk erat.seakan tak mahu melepaskan
ingatan tentang semalam yang menjadi teman rapat buat aku.