terima kasih

Ya Tuhan
pinjamkan aku sejenak waktu
untuk aku luahkan
rasa rindu yang terpendam
kirimkan aku dia seketika
untuk aku menghayati
segaris senyum di bibirnya
tetapkan aku sekalian detik
moga aku
tak terus leka walau kesepian itu berbisik
dalam akau separuh sedar
mengertikan aku sedalamnya
moga aku
tetap dengan istiqomah atas jalan - Mu
biar aku dalam
rindu yang di redhai Mu

perasaan ini yang kau cipta
makin membayangkan rasa malu
kerana aku wanita
punya banyak kelemahan
berikan aku serangkai semangat
agar dapat aku kuncikan
pendirian untuk berdiri sendiri

sungguh..aku rindu
lama aku memohon dalam sujud
tasbih penuh kerendahan
kurangkah penghayatan?
sedikitkah keinsafan?
masih berbaki ingatan ini


terima kasih..Ya Tuhan
izinkan aku untuk memiliki dia
agar dapat aku memeluk
kenangan itu bersamanya.