secebis ingatan

Kau ketuk pintu hatiku

Di saat aku sedang terluka

Kepingan tentang rasa cinta

Rindu yang berbalas

Dari seorang insan

Bernama lelaki





Ku katakan untuk seketika

Kau tetap dengan setiamu

Bukan ku harap kasihan darimu

Kerana aku

Punya hati untuk menilai



Berikan aku masa

Melupakan keperitan lalu

Tak ingin ianya berulang

Ku perlukan kepastian darimu

Kenalilah aku setulusnya

Jangan kau mempersiakan

Segala apa yang ku curahkan





Ingatan ini

Hanya secebis cuma

Sekadar luahan

Agar diri ini di fahami

Secebis ingatan

Bukan untuk menyendiri

Tapi memberi ruang

Antara hati kita

Memulakan ertinya cinta sebenar itu